Hai semua lovelies dan foodies. Baiklah... I tahu salah saya sebab dah hampir (atau memang sudah ^.^'') 4 bulan I hilangkan diri dari blog lagi. Memang teramat sorry la ye sebab hal peribadi masih belum selesai (macam tak habis habis dengan hal peribadi ^.^''). Apa yang saya boleh lakukan? Memanglah sedikit susah nak selesaikan suatu masalah dalam sehari, tapi saya yakin bahawa saya boleh selesaikan semua masalah pada suatu hari nanti. ^.^v
Picture credits to Kuala Lumpur website |
Mesti lovelies dan foodies rasa pelik kan kenapa tetiba je I berbahasa Melayu hari ni sebab biasanya I kan blog dalam bahasa Inggeris. Baiklah... saya cuma nak menceritakan kisah tentang Malaysia sebab Malaysia kan akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-60an pada hari keesokan harinya (takkan you lupa kot? xD)
English
"Hey dear.."
Bahasa Melayu
"Hai sayang.."
Mandarin
"ä½ å¥½äº²æ„›çš„~"
Tamil
"Vanakkam chellum.."
Saya rasa sangat bertuah sebab saya dapat tahu pelbagai jenis bahasa di sini memandangkan kita kan ada 3 jenis bangsa utama di Malaysia? Bangsa Melayu, Cina and India adalah fakta pertama kepada kita dapat belajar pelbagai jenis bahasa selain daripada bahasa Inggeris. Walaupun kadang-kala bahasa Cina I tak lah fasih sangat (walaupun I ni orang Cina xD), tetapi sekurang-kurangnya I dapat bergaul dengan saudara mara dan rakan-rakan di merata tempat. ^.^
Sudah 2 tahun selepas kisah traumatik saya dan saya rasa sangat bertuah sebab masih ada peluang untuk belajar demi mencapai impian saya. Saya percaya bahawa saya dapat lakukan memandangkan saya masih berusaha untuk mendapatkannya. Doakan kejayaan saya dan Selamat Hari Kebangsaan ke-60an Malaysia. 马來西亚,æ°¸è¿œæ„›ä½ å“¦~~~ \(^3^)/
P.S: Sila maafkan saya kalau terlepas cakap terutamanya bahasa Tamil dimana saya mungkin salah eja ^.^''